MARAeps

TERBARU DARI KAMI



PROGRAM PEACE OF MIND 3.0

Program ini merupakan salah satu initiatif MARA melalui BAHAGIAN KAWALAN KREDIT (BKK) untuk membantu peminjam Pinjaman Pelaran Mara menghadapi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021. Secara tidak langsung, MARA membantu peminjam meringankan beban kredit dalam situasi mencabar ini.

Peminjam Pinjaman Pelajaran MARA yang layak untuk memohon tertakluk kepada syarat / kriteria berikut :
  • Peminjam Pinjaman Pelajaran MARA (tidak termasuk Pinjaman Pendahuluan dan Pinjaman Komputer MARA); DAN
  • Penerima kemudahan pinjaman pelajaran tertakluk kepada perjanjian yang masih berkuatkuasa


Program MARA PRIHATIN ini menawarkan beberapa inisiatif seperti berikut :
(tertakluk kepada syarat yang ditetapkan)

  • Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
  • Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
  • Alternatif Bayaran Balik Pinjaman MARA Melalui e-Pengeluaran KWSP
  • Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (Conversion)