1. Apakah MARAeps?

MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA. Tujuannya untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.

2. Siapakah yang boleh menggunakan MARAeps?
MARAeps boleh diguna pakai oleh kesemua pihak yang berdaftar dengan MARAeps khususnya bagi penerima/pengguna kemudahan dan fasiliti MARA.

3. Adakah saya perlu mendaftarkan diri sebelum menggunakan MARAeps?

Ya, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna sebelum menggunakan MARAeps. Untuk mendaftar sila layari halaman pendaftaran

4. Saya tidak mempunyai sebarang akaun MARA berkaitan, bolehkah saya mendaftar sebagai pengguna MARAeps?

Boleh, anda tidak semestinya mempunyai akaun MARA berkaitan untuk menggunakan MARAeps. Anda hanya perlu mendaftar di halaman pendaftaran dan membuat bayaran yuran mengikut pilihan fasiliti MARA yang berkaitan.

5. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MARAeps?
MARAeps menawarkan pembayaran atas talian bagi khidmat/fasiliti berikut:

  1. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
  2. Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
  3. Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
  4. Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
  5. Pembayaran Rumah Rehat MARA
  6. Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA

6. Adakah segala pembayaran atas talian di MARAeps selamat?

MARAeps tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar. MARAeps mengikut piawaian yang disediakan.

Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi MARAeps. Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna

7. Apakah platform yang ada untuk saya menggunakan MARAeps?
MARAeps boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui platform berikut;

  1. Laman sesawang - https://bayar.maraeps.my/
  2. Aplikasi Android di GooglePlay – MARAeps
  3. Aplikasi iOS di Applestore - MARAeps

8. . Apakah cara bayaran yang disediakan oleh MARAeps?

MARAeps menawarkan penerimaan bayaran seperti berikut;

  1. Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
  2. Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)

9. Apakah waktu operasi perkhidmatan atas talian MARAeps?

MARAeps beroperasi diatas talian 24jam sehari tanpa had. Namun pengamalan biasa bank-bank tempatan akan melalui proses pengedalian harian bermula 12.01 pagi sehingga 4.00 pagi.

10. Bagaimana untuk saya menghubungi khidmat pelanggan MARAeps?

Pengguna MARAeps boleh menghubungi khidmat pelanggan kami menerusi alamat emel infomaraeps@mara.gov.my