1. Bagaimanakah cara untuk membuat pemulangan / refund bayaran yang telah dibuat oleh pembayar?

Pembayar boleh menghubungi MARA (Ibu Pejabat) bagi bagi mengesahkan sama ada bayaran telah atau tidak diterima oleh MARA ke alamat emel infomaraeps@mara.gov.my atau maraepspemantauan@mara.gov.my.

Pemulangan / refund bagi transaksi yang telah dicajkan melalui kad debit / kad kredit yang telah disahkan oleh MARA hanya akan dibuat melalui permohonan tuntutan oleh pembayar disertakan dengan dokumen lengkap ke alamat emel infomaraeps@mara.gov.my atau maraepspemantauan@mara.gov.my. Dokumen lengkap adalah seperti berikut :

  1. Surat permohonan tuntutan yang mengandungi butiran nama, alamat dan amaun pembayaran
  2. Nombor Kad Pengenalan pembayar (salinan Kad Pengenalan)
  3. Nombor Akaun Bank pembayar (salinan Penyata Bank hendaklah disertakan)
  4. Bukti / Resit pembayaran

2. Bagaimanakah cara sekiranya aduan / pertikaian (dispute) berkaitan pembayaran dibuat oleh pembayar kepada bank pemegang kad debit/kad kredit tanpa melalui MARA?
MARA (Ibu Pejabat) akan berurusan dengan agen Bank yang menyediakan kemudahan MARAeps bagi mendapatkan butiran mengenai pembayaran tersebut. Pemulangan / refund akan dibuat oleh agen Bank terus kepada pemegang kad debit / kad kredit selepas pengesahan dibuat oleh MARA.